Thursday, September 24, 2009

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia



Skop

Pusat ini memberi tumpuan kepada kajian tentang proses kognitif, tingkah laku manusia dan masyarakat yang boleh diukur dan diperhatikan secara objektif. Unsur saintifik pengajian perlakuan manusia ini diperkasakan dengan pengajian falsafah tentang keinsanan dan pembangunan manusia, untuk menghasilkan satu pengajian tentang pemikiran dan tingkah laku manusia yang mencernakan pengetahuan psikologi saintifik dengan pengetahuan falsafah pembangunan insan.
Misi
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia bertekad meneroka, membina, dan mengembangkan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan tingkah laku manusia dengan tujuan akhir untuk membantu memperkasakan potensi manusia dan menyuburkan kesejahteraan dalam kehidupan dan pekerjaan manusia sejagat.

Matlamat
i) Menyediakan pendidikan profesional dalam bidang psikologi pada peringkat prasiswazah dan pascasiswazah bagi menyediakan saintis-pengamal yang berketrampilan dalam mengendalikan tingkah laku manusia.

ii) Membangunkan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam penyelidikan berorientasi psikologi bagi menggerakkan penerokaan ilmu psikologi dan pengajian pembangunan manusia sebagai penerusan kepada tradisi global sambil mengembangkan ilmu psikologi dan teknologi pembangunan manusia yang bersifat tempatan.

iii) Menyediakan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam urusan pengendalian, membangun dan mengembangkan tingkah laku dan kognisi manusia dalam unsur-unsur keluarga dan masyarakat dengan tujuan akhir meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti.

iv) Melahirkan siswazah yang berkemahiran untuk menjalankan kerja-kerja sosial dan pertolongan kemanusiaan serta berupaya menjana secara kreatif perkhidmatan manusia yang peka kepada keperluan kesejahteraan manusia.

v) Menyediakan siswazah masa depan yang mampu menghasilkan dan mengaplikasikan teknologi dan komunikasi maklumat untuk menterjemahkan potensi pemikiran manusia ke dalam bentuk jentera dan peralatan manusia serta membangun persekitaran kerja yang kondusif bersesuaian dengan wawasan mewujudkan negara industri.
Program yang ditawarkan:
• Program Psikologi • Program Pembangunan Manusia • Program Kerja Sosial

Senarai Kursus yang Ditawarkan oleh Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia:
Program Psikologi

Tahun 1
SKPP1013 Pengantar Psikologi
SKPP1023 Statistik Asas
SKPX1013 Sistem dan Teori Psikologi
SKPX1033 Persepsi dan Kognisi
SKPX1043 Personaliti
SKPX1053 Motivasi dan Emosi

Tahun 2
SKPP2023 Kaedah Penyelidikan
SKPP2033 Statistik dan Analisis Data
SKPX2043 Kaedah Eksperimen
SKPX2053 Personaliti
SKPX2063 Fisiologi dan Tingkah Laku
SKPX2073 Psikologi Sosial
SKPX2083 Psikologi Perkembangan

Tahun 3
SKPX3093 Analisis Masalah dan Pembuatan Keputusan
SKPX3113 Prinsip Bimbingan dan Kaunseling
SKPX3103 Psikologi Kesihatan
SKPX3123 Psikologi Industri dan Organisasi
SKPX3026 Latihan Ilmiah
SKPX3203 Kertas Projek
SKPX3133 Motivasi dan Emosi
SKPX3143 Psikologi Bilazim
SKPX3153 Ergonomik
SKPX3206 Latihan Ilmiah
Program Pembangunan Manusia
Tahun 1
SKPP1013 Pengantar Psikologi
SKPP1023 Statistik Asas
SKPM1013 Manusia, Alam dan Kebudayaan
SKPM1023 Teori-teori Pmbangunan Manusia
SKPM1033 Agama, Etika dan Pembangunan Manusia
SKPM1043 Pembangunan Psiki Manusia

Tahun 2
SKPP2023 Kaedah Penyelidikan
SKPP2033 Statistik dan Analisis Data
SKPM2033 Teori-Teori Pembangunan Manusia
SKPM2043 Agama, Etika dan Pembangunan Manusia
SKPM2053 Keluarga dan Kitaran Hidup
SKPM2063 Pembangunan Psiki Manusia
SKPM2073 Kependudukan dan Kualiti Hidup
SKPM2083 Modifikasi Tingkahlaku

Tahun 3
SKPM3006 Latihan Industri
SKPM3013 Politik dan Masyarakat
SKPM3023 Mengurus Konflik dan Krisis
SKPM3033 Pengurusan Sumber Manusia
SKPM3043 Hak Asasi Manusia dan Dasar Sosial
SKPM3053 Pembangunan Komuniti
SKPM3063 Demografi Sosial
SKPM3206 Latihan Ilmiah

Program Kerja Sosial
Tahun 1
SKPP1013 Pengantar Psikologi
SKPP1023 Statistik Asas
SKPW1013 Pengantar Kerja Sosial
SKPW1023 Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial
SKPW1053 Perubahan Sosial
SKPW1123 Teori-Teori Kerja Sosial

Tahun 2
SKPP2023 Kaedah Penyelidikan
SKPP2033 Statistik dan Analisis Data
SKPW2053 Kemahiran Menolong
SKPW2063 Dadah dan Pemulihan
SKPW2073 Kanak-kanak dan Kebajikan
SKPW2083 Dasar dan Perkhidmatan dalam Kerja Sosial
SKPW2093 Proses dan Pengurusan Kerja Sosial
SKPW2103 Remaja dan Kesejahteraan Sosial
SKPW2113 Kesihatan Komuniti

Tahun 3
SKPW3123 Intervensi Krisis
SKPW3133 Kerja Sosial dan Perundangan
SKPW3143 Warga Tua dan Kerja Sosial
SKPW3153 Isu Gender dan Kerja Sosial
SKPW3163 Dinamika Keluarga
SKPW3206 Praktikum Kerja Sosial
SKPW3213 Kertas Projek

No comments:

Post a Comment